Saturday, March 7, 2009

TIADA LIPUTAN YANG BAIK DI DALAM SURAT KHABAR ARUS PERDANA...


12pm-Berdasarkan kepada pemerhatian di kebanyakan surat khabar Arus Perdana, KAMI dapati bahawa kurangnya liputan dan hanya kontroversi yang dimainkan oleh media dalam memanipulasi maklumat dan kebenaran. jelas dapat kita lihat di sesetengah surat khabar yang seolah-oleh menyokong tindakan menghapuskan penggunaan Bahasa Melayu ini. Manakala kita dapat lihat kebanyakan gambar yang dikeluarkan oleh media menunjukkan aksi penangkapan dan keganasan yang dilakukan oleh para demonstrasi. hanya mereka yang berada dalam barisan demonstrasi sahaja yang dapat merasai kekejaman dan layanan "baik" yang diberikan oleh Pasukan FRU pada ketika itu. Media memanipulasikan gambar dan seolah-olah menuduh para demonstrasi ini yang memulakan rusuhan sedangkan pihak polis yang memulakan keganasan ini...renungkan.

No comments: