Jaringan Jaring ukm yang sangat 'bagus' dan "membina" ini dirasai oleh semua mahasiswa di UKM baru-baru ni. hal ini kerana kesemua pengguna jaring ukm kelihatan seperti diperbodoh oleh syarikat pembekal tayar Jaring ukm ini kerana hanya pengguna laptop yang tidak menggunakan windows vista sahaja yang berjaya dan dengan jayanya menggunakan perkhidmatan wireless ini. Tanpa sebarang makluman mengenai masalah ini diberitahu kepada pengguna perkhidmatan tayar ini. Hanya kesusahan dan kepayahan dirasai mereka yang teraniaya. Tahniah kepada jaring ukm kerana berjaya memperdaya mahasiswa ukm yang bijak lagi hebat ini... di pihak KAMI, kami berasa sangat perihatin dengan masalah mahasiswa pada hari ini kerana gangguan ini menyebabkan mahasiswa ukm gagal untuk menyelesaikan sesuatu hal yang melibatkan penggunaan internet ini. Diharap pihak UKM sedia mengambil tindakan susulan yang dapat meringankan beban mahasiswa kita buat masa ini. tq...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment