Thursday, March 5, 2009

AWAS! KECURIAN HELMET!



Adalah dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini, warga UKM menghadapi masalah kecurian helmet khususnya dalam kalangan mahasiswa tidak kira dimana mereka meletakkan motosikal mereka. Ada maklumat mengatakan bahawa hal ini bukan sahaja melibatkan pelajar malah turut menghimpit dan mengepit pak cik cleaner. Namun kesahihannya masih dipertikaikan kerana pak cik cleaner itu mengikut sumber yang lain tidak memiliki motorsikal melainkan basikalnya.

Mengikut bulat (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang daripada mangsa kehilangan helmet, pada masa kejadian beliau meletakkan motosikalnya di pusanika untuk ke kuliah, akan tetapi selepas tamat kuliah beliau mendapati bahawa helmetnya sudah tiada di motornya akibat dikopak dan dicuri oleh mereka yang tidak bernama (pencuri helmet). Jadi daripada pihak KAMI yang perihatin dengan masalah anda, dinasihatkan supaya anda yang memiliki motosikal tidak cuai untuk mengunci helmet anda dimotorsikal masing-masing kerana jika helmet anda dikunci, sesungguhnya anda telah MENCURI masa si pencuri itu untuk mencuri helmet anda kerana helmet anda dikunci. Jadi kika anda sayangkan helmet anda... ikutlah nasihat KAMI... anda mampu mengubahnya.


No comments: