Friday, March 20, 2009

KAMI MELEBARKAN JARINGAN KE INDONESIA



Bertarikhkan 19 Mac 2009, KAMI yang diwakili oleh Saudara Hariszuan, Firdaus@keciq dan Saudari Aisah serta beberapa rakan seperjuangan dari aktivis lain telah berangkat ke Indonesia bagi melebarkan jaringan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) disana selama seminggu dari tarikh ini. Mengikut Ariff yang menghantar ketiga-tiga mereka ini ke KLIA semalam, beliau merasa agak sedih dan kecewa kerana tidak dapat turut serta dalam jaringan KAMI ke Indonesia ini. Hal ini kerana beliau juga merangkap salah seorang daripada pucuk pimpinan KAMI. Turut hadir ke KLIA semalam ialah Saudara Ismail yang juga merupakan pucuk pimpinan KAMI. Sebarang maklumat mengenai kejayaan jaringan ini akan disiarkan sekembalinya mereka ke Tanah Air.


1 comment:

AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN said...

hahaha, caya lah KAMI!!! teruskan perjuangan sampai ke anak cucu!!! jgn buat keje separuh jalan lak? lebih2 lak da glamour kn???