Monday, March 30, 2009

DEBAT KEMELUT EKONOMI: KANAN, KIRI DAN ISLAM


Semua dijemput hadir beramai-ramai......

Friday, March 20, 2009

KAMI MELEBARKAN JARINGAN KE INDONESIA



Bertarikhkan 19 Mac 2009, KAMI yang diwakili oleh Saudara Hariszuan, Firdaus@keciq dan Saudari Aisah serta beberapa rakan seperjuangan dari aktivis lain telah berangkat ke Indonesia bagi melebarkan jaringan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) disana selama seminggu dari tarikh ini. Mengikut Ariff yang menghantar ketiga-tiga mereka ini ke KLIA semalam, beliau merasa agak sedih dan kecewa kerana tidak dapat turut serta dalam jaringan KAMI ke Indonesia ini. Hal ini kerana beliau juga merangkap salah seorang daripada pucuk pimpinan KAMI. Turut hadir ke KLIA semalam ialah Saudara Ismail yang juga merupakan pucuk pimpinan KAMI. Sebarang maklumat mengenai kejayaan jaringan ini akan disiarkan sekembalinya mereka ke Tanah Air.


Wednesday, March 18, 2009

Jaringan Jaring UKM Yang "MEMBINA"?

Jaringan Jaring ukm yang sangat 'bagus' dan "membina" ini dirasai oleh semua mahasiswa di UKM baru-baru ni. hal ini kerana kesemua pengguna jaring ukm kelihatan seperti diperbodoh oleh syarikat pembekal tayar Jaring ukm ini kerana hanya pengguna laptop yang tidak menggunakan windows vista sahaja yang berjaya dan dengan jayanya menggunakan perkhidmatan wireless ini. Tanpa sebarang makluman mengenai masalah ini diberitahu kepada pengguna perkhidmatan tayar ini. Hanya kesusahan dan kepayahan dirasai mereka yang teraniaya. Tahniah kepada jaring ukm kerana berjaya memperdaya mahasiswa ukm yang bijak lagi hebat ini... di pihak KAMI, kami berasa sangat perihatin dengan masalah mahasiswa pada hari ini kerana gangguan ini menyebabkan mahasiswa ukm gagal untuk menyelesaikan sesuatu hal yang melibatkan penggunaan internet ini. Diharap pihak UKM sedia mengambil tindakan susulan yang dapat meringankan beban mahasiswa kita buat masa ini. tq...

Sunday, March 15, 2009

GOTONG ROYONG


Gotong Royong

Saudara Kumar

Saudara Hafiz dan saudara Chris Kooi

MPP FUU Saudara Phoon bersama dengan Saudara Ho dan Saudari Chloe Lim

Selesai

Pada 15 March 2009 yang lalu, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) telah mengadakan aktiviti mengecat jalan di kawasan Fakulti Undang-undang(FUU). Aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 4.00 petang.

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Undang-undang(MPP FUU), Saudara Phoon Kar Liang turut melakukan kerja-kerja mengecat dengan semangat ingin berbakti untuk keselesaan dan kebajikan mahasiswa di FUU. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong tersebut. 

Aktiviti tamat pada pukul 6.30 petang disebabkan oleh cuaca hujan. Walau bagaimanapun, aktiviti tersebut akan diteruskan pada minggu yang seterusnya. Meskipun keletihan, masing-masing berasa gembira melihat jalan yang telah selsesai dicat untuk kemudahan pengguna kereta di FUU.

Terkini...

Baru-baru ini, berlaku satu kes yang agak menghairan dan mengejutkan warga kampus kolej Harun Aminurrashid, UPSI di Tanjung Malim, Perak iaitu kelibat “orang minyak” yang dikatakan menjadi kebimbangan warga kampus itu. Mengikut sumber yang masih belum disahkan lagi, kelibat orang minyak ini telah dilihat oleh beberapa orang pelajar. Mereka mengkhuatiri akan sesuatu yang buruk bakal terjadi dan diharap warga kampus serta Pihak Pentadbiran Universiti dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Keselamat diri dan harta benda WAJIB dijaga sebelum perkara yang tidak dingini berlaku. Sekian…

Berita selanjutnya bakal menyusul…

Saturday, March 7, 2009

TIADA LIPUTAN YANG BAIK DI DALAM SURAT KHABAR ARUS PERDANA...


12pm-Berdasarkan kepada pemerhatian di kebanyakan surat khabar Arus Perdana, KAMI dapati bahawa kurangnya liputan dan hanya kontroversi yang dimainkan oleh media dalam memanipulasi maklumat dan kebenaran. jelas dapat kita lihat di sesetengah surat khabar yang seolah-oleh menyokong tindakan menghapuskan penggunaan Bahasa Melayu ini. Manakala kita dapat lihat kebanyakan gambar yang dikeluarkan oleh media menunjukkan aksi penangkapan dan keganasan yang dilakukan oleh para demonstrasi. hanya mereka yang berada dalam barisan demonstrasi sahaja yang dapat merasai kekejaman dan layanan "baik" yang diberikan oleh Pasukan FRU pada ketika itu. Media memanipulasikan gambar dan seolah-olah menuduh para demonstrasi ini yang memulakan rusuhan sedangkan pihak polis yang memulakan keganasan ini...renungkan.

TERKINI...

9.00PM-Berdasarkan kepada sumber yang terkini, didapati bahawa seramai 124 orang telah disoal siasat oleh pihak polis manakala seramai 8 orang ditahan polis. Pihak polis mengatakan bahawa perarakan ini telah membawa kepada kesesakan jalan tetapi hakihat sebenarnya ialah pihak polis yang telah menyekat jalan-jalan utama bagi menghalang kemaraan para demonstrasi ke Istana Negara. Sumber mengatakan bahawa, lebih kurang 5 ahli GMP yang akan menyerahkan memorendunm kepada Istana Negara tidak dapat berbuat demikian akibat telah dihalang dan tersekat dalam kalangan demonstrasi yang telah di porak-perandakan oleh pihak FRU. Perasaan belas kasihan langsung tidak dilemparkan oleh Pihak Polis dan kezaliman demi kezaliman dilemparkan atas dasar sekatan kemenangan pemerintah.