Saturday, March 7, 2009

MAHASISWA TENTANG PPSMI!!!

KESETIAAN YANG MENGKHINZIR BUTA
(DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT)


Bertarikhkan 7 Mac 2009, KAMI-UKM telah menyertai demonstrasi menentang Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Masih ingatkah kita yang suatu masa dahulu yang Bahasa Melayu ini merupakan suatu bahasa Lingua Franca? Ingatkah kita? Dalam hal ini, ketidakrelevan PPSMI ini dilihat hanya akan menjatuhkan maruah bangsa, merendahkan martabat atau ketertinggian Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, seterusnya akan menyebabkan MAHASISWA kita kecundang dan kurang menghormati Bahasa Melayu suatu hari nanti. Selain itu juga perlaksanaan PPSMI ini juga dilihat telah merendah dan menghina maruah UKM yang melaksanakan MISI dan VISI Universiti iaitu memartabatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini. Jadi, dimanakah nasib mereka ini? Siapakah yang akan membelanya? Apakah, ianya hanya sebagai alat atau matlamat pemerintah sekarang? Luka ditangan nampak berdarah, luka dihati tak siapa pun tahu… walaupun rakyat dihadiahi tembakan gas pemedih mata dan disirami dengan air "mawar" Federal Reservation Unit(FRU), kami tetap tegar dan teguh menentang!!! Bersamalah kita membela Bahasa Melayu kita dan bagi pihak KAMI, tentanglah ia habis-habisan… jagalah kedaulatan Bahasa Melayu kita!!!. Hidup-hidup, Hidup Rakyat!!!