Tuesday, March 3, 2009

JALAN BERLUBANG MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN MAHASISWA


Jalan berlubang-lubang yang berbahaya
Air hujan bertakung

Jalan yang berlubang-lubang di Kolej pendeta Za'ba UKM telah mengancam nyawa pengguna jalan terutamanya penunggang motorsikal. Keadaan bertambah bahaya apabila waktu malam. Pihak KAMI(Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen) menyeru mahasiswa yang menunggang motorsikal supaya berhati-hati semasa menggunakan jalan di Kolej Pendeta Za'ba. Selain itu, pihak KAMI juga telah menyampaikan perkara tersebut kepada MPP untuk membawa perkara tersebut kepada pihak universiti secepat mungkin. Pihak KAMI mendesak pihak universiti supaya memperbaiki jalan-jalan tersebut dalam tempoh masa yang tersingkat agar tiada kemalangan jalan berlaku disebabkan oleh jalan yang berlubang-lubang ini.

No comments: