Thursday, November 19, 2009

Kes Rosmah Puaka - Mahasiswa UM Di Tahan



Salam Perjuangan Anak Muda,

Rentetan daripada penahanan seorang lagi mahasiswa Universiti Malaya yang juga ahli Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), 19hb November, jam 10.30 pg tadi. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis Di Raja Malaysia menahan Muhammad Saufi Jelani di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25 dan juga Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. KAMI merasakan bahawa isu ini telah telah selesai dengan penahanan dan pendakwaan beberapa orang mahasiswa UM sebelum ini yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan perkembangan. Justeru, KAMI memohon teman-teman terus memberi sokongan kepada Muhammad Saufi yang kini di Balai Polis Brickfield. Di harap perjuangan anak muda akan tetap diteruskan!

http://malaysiakini.com/news/117796

http://malaysiakini.com/news/117810

No comments: