Tuesday, February 24, 2009

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM


Dari kiri: Chris Kooi,Hilman Idham, Hafizudin, Dr.Chiam, Neow Ti Hooi, Lee Soon Yong
Dari kiri: Chloe Lim, Neow Ti Hooi, Hilman Idham, Lee Soon Yong, Ismail, Firdaus

Bertarikhkan 24 Februari 2009, jam 11.00pagi, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) bersama SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) serta beberapa wakil front mahasiswa yang lain telah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di aras 29, Bangunan Abdul Razak di Kuala Lumpur bagi menyerahkan satu memorandum berkenaan kes pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Choo Kok Wei yang didakwa dibawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menjalankan petisyen secara online bagi menyatakan bantahan mengenai kenaikan harga tambang bas di UUM baru-baru ini. Sesi dialog juga telah diadakan dan dihadiri oleh wakil SUHAKAM, Datuk Dr. Chiam Heng Keng dan sebahagian ahli Solidariti Mahasiswa dan pertemuan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Pada sesi dialog ini, wakil pihak pelajar telah menyatakan pendirian berkenaan dakwaan dibawah AUKU yang tidak seharusnya dikenakan terhadap Saudara Kok Wei. Walau bagaimanapun, pihak SUHAKAM tidak dapat menyatakan pendirian mereka atas alasan memerlukan masa untuk siasatan. Berkenaan pendirian tentang isu ini, KAMI mendesak agar pihak UUM mengugurkan dakwaan terhadap Saudara Choo Kok Wei kerana dakwaan ini sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tindakan Kok Wei disifatkan sebagai membuka peluang bagi pelajar lain menyatakan rasa tidak puas hati kerana kenaikan tambang juga memperjuangkan kebajikan mahasiswa. KAMI juga menggesa semua pihak khususnya Majlis Perwakilan Pelajar UUM sendiri supaya keluar menyatakan pendirian mereka berkenaan isu ini. Mahasiswa harus berani mempertahankan hak masing-masing dan diharapkan agar dakwaan terhadap Saudara Kok Wei akan digugurkan.

2 comments:

Isz D' Barney said...

betul tu. apa guna jadi mahasiswa kalau hak dan kebajikan mahasiswa itu tidak dapat dibela? masakan mahasiswa dapat menjadi mahasiswa yang cemerlang??? berdaya saing??? atau menjadi hebat dari segi nama "MAHASISWA" sahaja??? mansuhkan AUKU sebelum AUKU mansuhkan keintelektualan mahasiswa itu sendiri. baik mencegah dari merawati...
kebajikan untuk semua...

chriskooi said...

student power!!!!