Thursday, July 23, 2009

Isu Demonstrasi Kes Keganasan di Selatan Thai

bebasSentul 19 Julai 010:32a.m | ‘Kami masih ’steady’ selepas dibebaskan dari tahanan polis.

Jawapan bersahaja tersebut dinyatakan oleh 7 mahasiswa yang ditangkap semasa demontrasi aman membantah pembunuhan muslim Selatan Thailand Jumaat lalu.

Sambil berjenaka mereka memaklumkan tidak takut atau fobia walaupun ditahan dan disoal-siasat oleh polis. Mereka mengakui ditengking dan diherdik oleh pihak polis.

Dalam pada itu, 3 mahasiswa yang masih ditahan polis telah dibebaskan di balai polis di sini.

Mohd Shafie Hasyim (UM), ‘Kechik’(KAMI) dan Lee Song Yong (DEMA) dibebaskan lewat jam 3 petang semalam.

Mereka yang dijanjikan akan dibebas pada pukul 10 pagi walaubagaimana pun didakwa tersalah dibawa ke mahkamah.

shafie2

Polis dipercayai melengah-lengahkan masa penahanan sehingga ke pukul 3 petang dengan kesilapan tersebut.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) telah membuat sidang media pada pukul 10 pagi berhadapan Balai Polis Sentul.

Mereka memberi masa 3 hari 2 hari lagi kepada kerajaan Thailand bagi mengambil tindakan responsive atas bantahan tersebut.

Laungan ‘Bebas Mahasiswa’ dan ‘Student Power’ kedengaran semasa berakhirnya sidang media tersebut.

SongYongSeramai 100 mahasiswa hadir menyatakan sokongan. Wakil media membanjiri kawasan balai polis seawal jam 9 pagi lagi.

Dalam sesi soal-siasat juga, mereka mendakwa disembunyikan dan disekat oleh polis untuk berjumpa dengan peguam.

Seorang pegawai polis didakwa berang dengan tindakan mereka yang hanya mahu berjumpa peguam sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Song Yong telah membuat laporan polis atas tindakan pelanggaran undang-undang dan penafian hak asasi manusia oleh pihak berkuasa berkenaan.

Shafie semasa temuramah menyatakan beliau diherdik dan di tengking semasa soal-siasat walaupun mereka masih lagi belum ada sebarang tuduhan.

Polis juga menasihati mereka agar tidak terlibat dengan demonstrasi ‘anti-ISA’ pada 1 Ogos nanti.

Ketiga mereka diasingkan semasa soal-siasat tetapi kemudian diletakkan dalam lokap yang sama.

Mereka dibawa ke lokap Balai Polis Kepong selepas didapati lokap di Sentul penuh.

Prosiding kes akan didengarklan pada 21 Julai ini.

Terdahulu, 4 mahasiswa yang ditahan dalam demonstrasi yang sama, telah dibebaskan di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu. Mereka dijamin dengan RM50 seorang.

2 mahasiswa telah membuat laporan polis atas keganasan beberapa orang Special Branch (SB) yang menarik pakaian mereka sehingga terkoyak.

Mereka dibebaskan pada jam 11.30 malam.

sumber: mahasiswakini.

Tertuduh kes "puaka" UM didakwa diugut dengan pistol polis...

Seorang pelajar Universiti Malaya didakwa diugut dengan pistol polis sewaktu disiasat di balai Brickfields berhubung kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beberapa kumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi esok.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham memberitahu Malaysiakini, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan
-sumber dari malaysiakini..-

Daripada artikel ini, terdapat sedikit pembetulan mengenai ugutan pistol ini. hal ini kerana, polis hanya menunjukkan pistol dipinggangnya sewaktu menahan pelajar2 ini di rumah sewa mereka tanpa mengeluarkan kad kuasa, waran tangkap dan sebab penahanan mereka. hal ini salah disisi undang2.

Wednesday, June 17, 2009

FREEDOM MUSIC FEST 2009


FREEDOM MUSIC FEST 2009
AHAD - 5 JULAI 2009
KL AND SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL
TIKET BERHARGA RM20/RM25 (hubungi Hariszuan: 017-7113453/Kecik: 013-2016809)

Monday, May 18, 2009

BENGKEL GERAK KERJA DAN MATLAMAT KUMPULAN

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen telah menganjurkan bengkel gerak kerja dan matlamat kumpulan bertujuan untuk memantapkan organisasi yang baru dibentuk. Bengkel dijalankan di Pengkalan Balak, Melaka dan disertai oleh pimpinan KAMI. Program ini dijalankan oleh Saudara Fahmi Reza sebagai fasilitator.






KAMI BERSAMA PEKERJA


Bertempat di Dataran Seremban, KAMI telah bersama-sama golongan pekerja menyambut MAY DAY pada tanggal 1 Mei 2009. Sambutan ini adalah anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).



BENGKEL MASYARAKAT MADANI

KAMI telah menyertai Bengkel Masyarakat Madani yang telah berlangsung selama 4 hari anjuran Midlle Eastern Graduate Centre di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Bengkel ini adalah untuk membincangkan berkenaan pembangunan masyarakat sivil di negara ini. Kumpulan yang menyertai program ini turut menjalankan lawatan ke KOMAS, Pejabat Malaysiakini, juga beberapa NGO di sekitar Kuala Lumpur.


BERSAMA AKTIVIS DARI SELATAN THAILAND

KAMI telah menerima kehadiran rakan-rakan aktivis dari Selatan Thailand. Diskusi dan sedikit perbincangan diadakan bagi berkongsi pengalaman bersama-sama. Kehadiran kali ini begitu bermakna kerana buat kali pertama dapat bertemu dengan Setiausaha Agung Student Federation of Thailand, bersama-sama 3 orang lagi rakan pimpinan tertinggi dari front mahasiswa terbesar di Thailand itu.