Sentul 19 Julai 010:32a.m | ‘Kami masih ’steady’ selepas dibebaskan dari tahanan polis.
Jawapan bersahaja tersebut dinyatakan oleh 7 mahasiswa yang ditangkap semasa demontrasi aman membantah pembunuhan muslim Selatan Thailand Jumaat lalu.
Sambil berjenaka mereka memaklumkan tidak takut atau fobia walaupun ditahan dan disoal-siasat oleh polis. Mereka mengakui ditengking dan diherdik oleh pihak polis.
Dalam pada itu, 3 mahasiswa yang masih ditahan polis telah dibebaskan di balai polis di sini.
Mohd Shafie Hasyim (UM), ‘Kechik’(KAMI) dan Lee Song Yong (DEMA) dibebaskan lewat jam 3 petang semalam.
Mereka yang dijanjikan akan dibebas pada pukul 10 pagi walaubagaimana pun didakwa tersalah dibawa ke mahkamah.
Polis dipercayai melengah-lengahkan masa penahanan sehingga ke pukul 3 petang dengan kesilapan tersebut.
Kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) telah membuat sidang media pada pukul 10 pagi berhadapan Balai Polis Sentul.
Mereka memberi masa 3 hari 2 hari lagi kepada kerajaan Thailand bagi mengambil tindakan responsive atas bantahan tersebut.
Laungan ‘Bebas Mahasiswa’ dan ‘Student Power’ kedengaran semasa berakhirnya sidang media tersebut.
Seramai 100 mahasiswa hadir menyatakan sokongan. Wakil media membanjiri kawasan balai polis seawal jam 9 pagi lagi.
Dalam sesi soal-siasat juga, mereka mendakwa disembunyikan dan disekat oleh polis untuk berjumpa dengan peguam.
Seorang pegawai polis didakwa berang dengan tindakan mereka yang hanya mahu berjumpa peguam sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Song Yong telah membuat laporan polis atas tindakan pelanggaran undang-undang dan penafian hak asasi manusia oleh pihak berkuasa berkenaan.
Shafie semasa temuramah menyatakan beliau diherdik dan di tengking semasa soal-siasat walaupun mereka masih lagi belum ada sebarang tuduhan.
Polis juga menasihati mereka agar tidak terlibat dengan demonstrasi ‘anti-ISA’ pada 1 Ogos nanti.
Ketiga mereka diasingkan semasa soal-siasat tetapi kemudian diletakkan dalam lokap yang sama.
Mereka dibawa ke lokap Balai Polis Kepong selepas didapati lokap di Sentul penuh.
Prosiding kes akan didengarklan pada 21 Julai ini.
Terdahulu, 4 mahasiswa yang ditahan dalam demonstrasi yang sama, telah dibebaskan di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu. Mereka dijamin dengan RM50 seorang.
2 mahasiswa telah membuat laporan polis atas keganasan beberapa orang Special Branch (SB) yang menarik pakaian mereka sehingga terkoyak.
Mereka dibebaskan pada jam 11.30 malam.
sumber: mahasiswakini.
No comments:
Post a Comment