Tuesday, September 8, 2009

Vokalis SISTEM OF A DOWN buat persembahan di fakulti!!!

MENGAPAKAH ANDA MASIH MELEPAK DI DALAM BILIK KOLEJ-KOLEJ ANDA SAMBIL MENDENGAR PENGUMUMAN-PENGUMUMAN YANG TAKKAN HABIS SAMPAI KIAMAT SAMBIL MELAYAN FACEBOOK YANG MAMPU MELALAIKAN???


Sampai bilakah kita harus melayani segala macam kuiz merapu, merepek, loklak dalam laman Facebook sambil mendengar lagu raya pada bukan masanya?
Sampai bilakah harus kita melayani 99 notifications Facebook yang muncul ? Notification ini sudah tentunya aplikasi tersedia yang memberi segala macam kepalsuan seperti “sent RM2 , RM5 using duit raya”.

Segalanya hanya mungkin bermakna dirayakan sehari sahaja iaitu tarikh 1 Syawal.
Ada satu lagi raya yang perlu kita rayakan dengan semangat seorang mahasiswa yang inginkan perubahan walaupun ia mungkin semasa ramai antara kita yang puasa enam.
Berubahlah sempena PILIHAN RAYA KAMPUS yang hampir tiba . Kita rayakan dengan semangat mahasiswa yang inginkan tertegaknya kepemimpinan tulen mahasiswa.


Siapakah yang bakal berentap di FSSK? Apakah kemunculan baharu akan tiba? Atau mungkin juga si Luncai FSSK ini akan terjun dengan labu-labunya? Atau Pak Kaduk FSSK ini akan bertelanjang bogel dengan koyak-rabak baju kertasnya? Nantikan…

No comments: