Thursday, April 2, 2009

Bila Pengurus Kolej Berpolitik...

Bertarikhkan pada 2?/3/2009 di sebuah kolej kediaman pelajar bukan kerajaan, Pengurus kolej berkenaan telah “menjemput” jemput ke? Atau paksaan? keatas penghuni kolej untuk ke bilik konvensyen kolej bagi mendengar ceramah politik beliau… hahahaha, mungkin dia nk bertanding sebagai Calon Bebas kt Bukit Selambau kot? Tetapi, mana kreadibiliti beliau sebagai “Pengurus Kolej”? berpolitik dengan pelajar? Tak laku kt rumah ker? Hahahaha. Tak takut AUKU ker? Atau AUKU hanya PALSU??? Jangan marah, Cuma amanah… bebalik kepada cerita sebenar, beliau dikatakan telah memanggil pelajar-pelajar terpilih untuk mendengar amanat beliau. Nak tau sape antara yang terpilih tu? Mereka semua adalah terdiri daripada mereka yang berlatarbelakangkan kaum melayu sahaja. Racis ke bang oi? Antaranya seperti PERTAMANYA: beliau bercerita tentang Lim Guan Eng, apa hal? Beliau mengatakan bahawa, “kita tidak perlu pemimpin yg bukan daripada orang melayu, maka hasilnya nanti kita akan jadi seperti Singapore yg kedua...” apahal nk provoke ni kn??? Assabiyah nyer! KEDUANYA: beliau bermain mengenai isu perkauman iaitu “bumi dipijak milik orang”. Maksudnya, Negara kita ni milik orang melayu tetapi tengoklah sekarang, lebih ramai orang bukan melayu yg mentadbir negeri-negeri kt Malaysia ni. Yang peliknya, kenapalah beliau nk berpolitik ni? Mana AUKU? Tak LAKU? KETIGANYA: beliau berkata mengenai ekonomi iaitu berkaitan DEB. “dalam Negara kita ni kalau tengok dalam rangking 10 orang terkaya kt Malaysia, 9orang bukan daripada Melayu dan 1orang saje yg melayu”. Beliau cuba menanamkan semangat “murni” untuk membenci kaum lain kt Malaysia ni. Isyh2, kenapalah racis sangat yer? Tetapi sedarlah, bukan sume yg kaya tu orang cina atau india dan ada ramai juga yg miskin t upon orang cina, india dan melayu juga… Tak baca buku habis ker? KEEMPATNYA: beliau telah menyamakan kedatangan orang cina ni kt Malaysia seperti kes GAZA. Maksudnya, kalau kita tengok kes GAZA ni, seolah-olah beliau memaksudkan bahawa kaum cina ni pendatang kt Malaysia dan berperilaku seperti Israel laknat ni. Kira, datang kt Negara orang tp buat hal la pulak…kesian2…huhuhu. KELIMANYA: dia katakan bahawa orang melayu ni perlu sedar sikit. Yelah, masuk Universiti ni kan atas kapasiti kuota dan bukannya layak pon nk masuk Universiti ni. So, dia nk kita sumer (orang melayu) sedar sikit la… KEENAMNYA: beliau tak bagi pelajar yg “dijemput” datang kempen pilihan raya beliau ni rakam perbualan dan perilaku beliau yg glamour ni. Yelah, beliau kan org “Famous” kt kolej ni… siap pesan lagi tu… “jangan rakam perbualan ni” dan dia mintak students…ops silap, kader2 dia ni pantau sesape yg rakam….hahahaha. takut ker YB oi???? Kalau takut, x payah lah berkempen kn??? Hahahaha. KETUJUHNYA: huhuhu, beliau cakap “kita pastikan kemasukan pelajar baru nanti, semua pelajar join kelab ######## ni. Kita akan pastikan juga bahawa orang melayu sume menyokong kita”….hahahaha. racis…racis…huhuhu. Xpelah YB oi, berkempenlah selagi boleh yer? Pilihan raya dah dekat ni…hikhikhik. Sekian dari KAMI yg perihatin masalah pelajar. Jangan ingat pelajar ni x boleh rakam tp setiap kata-katamu tercalit dan berlegar-legar dalam minda muda kitaorang… Salam Perjuangan.

1 comment:

HJSSL said...

siapa YB tu? eh.. geram betul.><
anyway, go KAMI go! u have my support!