AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Kami gerakan mahasiswa daripada pelbagai front yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan, mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti kepada demokrasi. Kami juga sebagai gerakan mahasiswa yang bertunjangkan keadilan, atas dasar tanggungjawab kami kepada negara dan masyarakat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan menyokong sepenuhnya matlamat serta perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Keceman keras kami terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta desakan-desakan dan sokongan kami terhadap matlamat dan perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di atas pertimbangan kami,berasaskan prinsip-prinsip keadilan yang menjadi tunjang kami serta tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara berasaskan pertimbangan kami bahawa:
1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan hak asasi manusia
Hak asasi manusia telah memberikan dan menjamin hak setiap individu atau kumpulan untuk bebas bersuara tanpa sebarang ancaman atau intimidasi atau tindakan-tindakan lain yang bermotifkan ugutan atau intimidasi daripada individu atau kumpulan-kumpulan lain. Hak asasi manusia juga menekankan pemberian dan jaminan terhadap hak untuk setiap individu atau kumpulan untuk dibicarakann atas kesalahan yang didakwa secara adil di institusi-institusi keadilan yang bebas dan berintegriti. Hak asasi manusia turut memberikan dan menjamin hak untuk setiap individu untuk bebas daripada sebarang ancaman,ugutan, seksaaan atau mana-mana tindakan yang bermotifkan intimidasi atau ugutan atau ancaman daripada mana-mana individu atau kumpulan-kumpulan lain. Namun begitu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokarsi bukan sahaja telah merampas hak-hak tersebut daripada individu-individu atau kumpulan-kumpulan- kumpulan tertentu malah turut melegitimasikan tindakan-tindakan tersebut. Justeru atas prinsip-prinsip keadilan yang dijunjung oleh kami serta adalam menunaikan tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara, maka kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia.
2. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan memberi dan menjamin serta melindungi hak asasi setiap warganegara Malaysia. Akta Keselamatan Dalam Negeri serta undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokrasi bagaimanapun memberikan kuasa mutlak kepada individu-individu serta pihak-pihak berkepentingan sendiri untuk sewenang-wenangnya mencabul sebahagian atau semua hak-hak asasi individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain. Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokratik jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang telah memberi, menjamin serta melindungi hak asasi setiap warganegaranya. Justeru selaku gerakan yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan serta bertnaggungjawab terhadap masyarakat dan negara, maka kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi.
3. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Deklarasi Umum Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights)
Deklarasi Umum Hak Asasi Manusia merupakan satu deklarasi yang menjadi asas kepada komuniti antarabangsa dan komuniti lokal bagi membentuk dan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa dan tempatan telah memberi, menjamin dan melindungi hak asasi setiap individu dan kumpulan. Sebarang tindakan dalam segala bentuk yang menyekat dan merampas sebahagian atau keseluruhan hak asasi manusia merupakan suatu tindakan yang bertentangan dengan asas komuniti antarabangsa dan komuniti lokal dan merupakan suatu bentuk pencabulan dan penindasan yang serius dan ancaman yang amat besar terhadap keamanan dan keselamatan komuniti global dan tempatan. Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokratik melalui peruntukan-peruntukan di bawahnya bersifat opresif dan jelas bertentangan dengan deklarasi ini. Justeru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat nanti hak asasi manusia dan anti demokrasi. Undang-undang tersebut jelas sekali merupakan suatu pencabulan dan penindasan yang serius sera bertentangan dengan matlamat komuniti antarabangsa dan tempatan bagi mewujudkan sebuah dunia yang aman selamat.
4. Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) merupakan suatu bentuk ancaman yang serius terhadap prinsip dan amalan demokrasi.
Prinsip dan amalan demokrasi menjadi suatu basis yang penting dalam pembentukan dan pembangunan Malaysia. Prinsip dan amalan demokrasi bertunjangkan kepada prinsip hak asasi manusia yang diberi, dijamin serta diamalkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tanpa sebarang intimidasi atau kekangan daripada mana-mana individu atau kumpulan. Bagaimanapun, Akta Keselamtan Dalam Negeri serta undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokratik memberikan legitimasi kepada sebahagian individu atau kumpulan untuk mengintimidasikan dan menghalang individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain untuk mengamalkan hak asasinya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Umum Hak Asasi Manusia. Justeru Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokratik merupakan suatu bentuk ancaman yang serius kepada prinsip-prinsip serta amalan-amalan demokrasi yang menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan Malaysia dan komuniti antarabangsa.
Justeru kami gerakan mahasiswa yang berteraskan dan bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan menuntut:
1. Pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan demokrasi.
2. Perbicaraan terhadap individu-individu yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat menafikan hak asasi manusia dan anti demokrasi di institusi-institusi keadilan dan perbicaraan tersebut hendaklah dijalankan dengan bebas, adil dan penuh integriti tanpa campur tangan atau tekanan daripada mana-mana individu atau kumpulan
3. Pembebasan tahanan-tahanan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dan mana-mana tahanan undang-undang yang hak asasi manusia dan anti demokratik andainya tahanan-tahanan tersebut didapati ditahan tanpa sebab yang musabah atau di dapati tidak bersalah setelah dinilai dan dibicarakan oleh institusi keadilan yang bebas, adil dan berintegriti.
Kami turut menyeru individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang cintakan keadilan, masyarakat dan negara untuk bersama kami dalam Perhimpuan Mega Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan ini.
oleh : Solidariti Mahasiswa Malaysia.