Friday, February 27, 2009

SIDANG MEDIA PERTAHANKAN 3 PELAJAR UUM DARI AUKU

Dari kiri: Hilman Idham, Lau, Yong Jin, Wong Chai Yi,Bavina


Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
berpendirian serta mendesak agar dakwaan AUKU terhadap 3 pelajar UUM ini digugurkan. Berikut adalah kenyataan yang disepakati oleh pelbagai gerakan pelajar yang tidak bersetuju dengan tindakan dan dakwaan AUKU yang tidak relevan ini.
Tinggal lagi 48 jam, golongan mahasiswa diseru untuk merayu kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) supaya menggugurkan kes tiga pelajarnya yang didakwa bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selepas membantah kenaikan tambang bas kampus."Kami harap mahasiswa dan orang ramai dapat menandatangani rayuan segera sebagai tekanan kepada universiti supaya menggugurkan tuduhan terhadap mereka (tiga mahasiswa yang didakwa). "Kami juga meminta mereka turun beramai-ramai ke UUM pada tarikh perbicaraan (Isnin depan) untuk memberikan sokongan kepada mereka," kata penyelaras kampus Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malasia (Dema), Lau Wai Seng.Tiga mahasiswa UUM – Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek – dipanggil untuk tindakan tatatertib di Bangunan Canselori.Tengku Mohd Hasrul, yang pernah mengetuai jawatankuasa bantahan tersebut, menghadapi tuduhan berbeza iaitu mengkritik pegawai tinggi UUM melalui satu tulisan di blog peribadinya.
Selain Dema, wakil-wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang hadir dalam sidang media di Kuala Lumpur turut menyokong gesaan tersebut.Menjelaskan kempennya itu, Lau berkata, Dema telah memulakannya sejak kelmarin dengan mengedarkan contoh surat rayuan ke seluruh universiti di Malaysia. Surat rayuan tersebut dialamatkan kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi dengan salinan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin. Ia mendesak UUM menggugurkan pertuduhan terhadap tiga mahasiswa berkenaan serta menggesa kontrak perkhidmatan bas antara UUM dan syarikat pengendali Unic Symbol Sdn Bhd (UNIC) didedahkan kepada umum.Pengerusi Dema, Ng Yong Jin berkata, setakat ini, seramai 230 mahasiswa di UUM telah menghantar surat gesaan tersebut.Sementara itu, mengulas kenyataan Mohamed Khalid semalam yang dilaporkan tidak akan campur tangan dalam kes itu, Lau menyifatkan menteri berkenaan sebagai "tidak bertanggungjawab" dan mengeluarkan kenyataan yang "tidak wajar".Menurutnya, kaedah tatatertib yang digunakan oleh UUM mendapat kuasa oleh AUKU. Oleh itu, tambahnya, jika menteri memainkan peranan meminda akta tersebut, masalah tidak akan timbul.
Choo, Medecci dan Tengku Mohd Hasrul antara 10 pelajar yang terlibat dalam jawatankuasa khas memantau harga tambang bas di kampus di Sintok itu. Jawatankuasa itu ditubuhkan bulan lalu selepas mahasiswa membuat bantahan melalui petisyen dalam talian berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 sen untuk satu destinasi kepada RM0.55. Tujuh lagi mahasiswa yang menganggotai jawatankuasa itu setakat ini tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Tuesday, February 24, 2009

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM


Dari kiri: Chris Kooi,Hilman Idham, Hafizudin, Dr.Chiam, Neow Ti Hooi, Lee Soon Yong
Dari kiri: Chloe Lim, Neow Ti Hooi, Hilman Idham, Lee Soon Yong, Ismail, Firdaus

Bertarikhkan 24 Februari 2009, jam 11.00pagi, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) bersama SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) serta beberapa wakil front mahasiswa yang lain telah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di aras 29, Bangunan Abdul Razak di Kuala Lumpur bagi menyerahkan satu memorandum berkenaan kes pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Choo Kok Wei yang didakwa dibawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menjalankan petisyen secara online bagi menyatakan bantahan mengenai kenaikan harga tambang bas di UUM baru-baru ini. Sesi dialog juga telah diadakan dan dihadiri oleh wakil SUHAKAM, Datuk Dr. Chiam Heng Keng dan sebahagian ahli Solidariti Mahasiswa dan pertemuan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Pada sesi dialog ini, wakil pihak pelajar telah menyatakan pendirian berkenaan dakwaan dibawah AUKU yang tidak seharusnya dikenakan terhadap Saudara Kok Wei. Walau bagaimanapun, pihak SUHAKAM tidak dapat menyatakan pendirian mereka atas alasan memerlukan masa untuk siasatan. Berkenaan pendirian tentang isu ini, KAMI mendesak agar pihak UUM mengugurkan dakwaan terhadap Saudara Choo Kok Wei kerana dakwaan ini sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tindakan Kok Wei disifatkan sebagai membuka peluang bagi pelajar lain menyatakan rasa tidak puas hati kerana kenaikan tambang juga memperjuangkan kebajikan mahasiswa. KAMI juga menggesa semua pihak khususnya Majlis Perwakilan Pelajar UUM sendiri supaya keluar menyatakan pendirian mereka berkenaan isu ini. Mahasiswa harus berani mempertahankan hak masing-masing dan diharapkan agar dakwaan terhadap Saudara Kok Wei akan digugurkan.

Thursday, February 19, 2009

AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN

Salam buat semua,
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen adalah kumpulan muda yang berpegang dengan matlamat dan prinsip untuk;
1) Memulangkan autonomi universiti kepada mahasiswa sendiri.
2) Mendidik warga kampus dengan prinsip-prinsip demokrasi sekaligus menyuburkan arena pendemokrasian di universiti.
3)Membebaskan pemikiran mahasiswa supaya lebih kritis dan bersifat intelektual.

Wednesday, February 11, 2009

Salam bloggers

kepada semua ahli KAMI, buat yang terbaik untuk persatuan kita...
Yakin pasti, KAMI janji... Sama-samalah berjuang dan berusaha demi KAMI...